Kaum Iban
Kaum Iban atau Kaum Dayak Iban (dalam bahasa Iban, Iban bermaksud Orang / Manusia), adalah salah satu rumpun Dayakyang terdapat di Sarawak,Kalimantan Barat,Brunei dan Tawau Sabah. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial Kaum Iban terjadi semasa di Tampun Juah, sebelum berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kelompok Dayak Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian bahasa Iban Laut bermaksud Melayu. Jika diistilah secara betul Dayak Laut dalam bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu rumpun Dayak Laut iaitu Dayak Malaysia atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa iban adalah bahasa yang paling dekat dengan bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malaysia dan berparas rupa serta fizikal dari rumpunMalayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh rumpun Bidayuh. Kaum Iban dengan jumlah sekarang sebanyak 1,000,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum keempat terbesar di Malysia selepas kaum Melayu,Cina dan India. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di selatan Sarawak hingga ke Tawau Sabah (sebelah utara Sarawak), tetapi kepadatan penduduk Iban tertumpu di bahagian Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri di Sarawak dan sepanjang Sungai Batang Kapuas di Kalimantan Barat. Sekarang, Kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Johor,Semenanjung Malysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.